picture

picture

Followers

Monday, October 5, 2015

Polis Evo saya bagi 10 MARKAH


siapa yang dah tengok polis evo ??
kita geng, tapi tengok lambat sikit, sebab baru ada masa
first time bawak aniq tengok wayang
alhamdulilah dia x meragam pun, siap cakap suka2
mybe dia suka tengok tv besar

cerita polis evo ni memang best
lakonan ZIZAN dan SHAHEIZY SAM
memang best, lakonan shaheizy sam memang dari dulu best
suka sangat tengok lakonan dia

korang - korang yang tak tengok lagi
pergilah tengokk eyyy


tengok muka dia excited kan
aniq2.. nnt mak boleh bawak aniq pergi lagi tengok cerita lain plak tau

kita bagi 10 bintang :)

SINOPSIS
Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.
Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.
Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

No comments: