picture

picture

Followers

Monday, September 5, 2011

luahan shahrul & yusri

Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada.

Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.

antara luahan yang rasa tidak puas hati

siap tinggal kan amanat lagi tu


Didalam situasi sekarang, kami akui kami tidak lagi mampu untuk menyediakan tempat tinggal yang baik untuk kucing-kucing yang telah kami pelihara sejak 10 tahun lalu dan juga seekor anjing yang telah kami selamatkan kira-kira 6 bulan yang lalu. Kami berterima kasih kepada para sukarelawan yang bersusah-payah memberikan tempat tinggal sementara untuk kucing-kucing kami dan kami berharap ada individu-individu yang lebih layak dan berkemampuan dari kami untuk menjaga makan dan minum mereka. Kami cuma berharap kucing-kucing kami tidak diletakkan di animal shelter.
Berikut adalah senarai kucing-kucing kami.
Yang diletak dibahagian pejabat dan ruang pelanggan.
Apong,
Encem,
Acu
Yang diletak dibahagian belakang dan telah dijaga sehingga berada dalam keadaan sihat
Arek
Moyong
Puteh
Smokey
Toppo
Tokin
Mixie
Nerk
Pulut Jr.
Ainun
Yang diletakkan dibahagian belakang dalam keadaan kekurangan zat dan makanan dan masih dalam proses untuk dijaga sehingga sihat seperti kumpulan diatas.
Poko-poko
Rihana
Peggy
Russian Blue Handsome
Popoi
Queen
Flo
Miki
Boy
Tam Luling
Makbul
Kopot
Beng Beng
Anjing yang dijaga

korang rase patut ke dorang nie dibagi belas kasihan
huuu kalau dieyba la, x kan punye
nasib baik x hantar kucing kat sana








2 comments:

Bashtiah said...

Oh yang dalam berita tadi tu kan? Tak patut dimaafkan! Kejam gila I rasa diorang ni...

~♥dieyba_baby♥~ said...

mmg pn.. mmg kejam sgt2..