picture

picture

Followers

Tuesday, September 11, 2012

Mengenang Pemergian Blogger Remaja, Yasmin Hunwick

first time baca blog yasmin nie.
muda lagi and cantik.. pandai..
serba lengkap hidup dia. MIX (anak kacukan)


cantik kan dia. senyum dia manis je..
tapi allah lebih sayangkan dia.

 Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini.
Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. 
Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.
Al-Fatihah buat Yasmin.
Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.
Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah.
Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram.

Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk.
kalau korang baca blog dia, kelakar pun ada.

Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, walaupun namanya tidaklah sepopular mana.
Sejurus mendapat berita mengenai ketiadaan arwah, ramai rakyat Malaysia yang tak putus-putus menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.
Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:
“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012.
Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain.
Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi.
We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud.
Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.
Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.
Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.
Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan.
Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah.
Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu.
ibu nye selalu update blog yasmin. kerana semasa mengemas bilik yasmin, bapa nye ada terjumpa buku. di dalam buku tersebut terdapat password blog dan fb.. so ibu dia update mne yang x sempat..


2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

al-fatihah ~

YasminJHunwick said...

Saudari Dieyba,

Thank you very much for your kind comment and thought about my beloved daughter (Arwah Yasmin). Indeed she is seorang anak yang solehah, bright and pretty in our eyes....her younger brothers, younger sister, her friends, her teachers and especially me and her mother miss her terribly.

My srikandi cintaku - Yasmin, Papa akan berdoa dan sedekah Al Fatihah utk Yasmin setiap hari sehingga akhir hayat Papa....Johan